Posted by zala waj | File under :


Sehingga saat ini, rasanya semua entri yang ditulis tidak berkualiti dan tidak patut dipublish. Apakan daya, ide-ide semuanya hilang terbang melayang berenang di lautan luas. Atau semuanya sudahpun diluahkan diatas sekeping kertas kosong lalu direnyukkan lantas dicampak ke dalam bakul sampah, siapa tahu?

Terduduk.

Sepanjang 3 minggu persekolahan, sepanjang 3 minggu berada di asrama sejak kali terakhir menghadap internet, banyak perkara berlaku. Kesilapan, kesalahan, kebetulan, keputusan yang terbaik, tindakan yang tepat, lidah tak reti jaga, ketawa, nangis, mengamuk, memberontak.


A View from SBP Integrasi Rawang

Banyak peraturan baru yang dicipta sejak akhir-akhir ni, entah kenapa. Mungkin lebih baik kalau peraturan yang sudah wujud, dilaksanakan terlebih dahulu. Tapi tak mengapalah, lagi beberapa hari je tinggal. 200 hari kurang lebih.

Tenung keyboard.

Mid-term dah tamat. Tinggal nak tahu markah je sekarang. Aishh, menggeletar perut. Masa jawab exam, perghh ilmu tu macam tak pernah belajar. Setakat ni baru tahu satu; markah LK. Teruk. cuai. Kalau tidak, A+ dalam genggaman. Malangnya, tidak.

Pegang dompet.

Aigooo. Banyak betul duit hilang dari tempatnya. Bayar tu, bayar ni, bayar tu.... Sekolah ni banyak sungguh telan duit. -.-

Ahhh, SPM ....

0 Kritikan:

Post a Comment