Macam mana ya?
Majoritinya, penduduk Malaysia generasi Y bersekolah selama 13 tahun. Seawal umur 4 tahun dicampakkan ke tadika, lalu sekolah rendah dan kemudiannya sekolah menengah. Ada juga yang bersekolah setakat darjah 5, untuk zaman susah dulu. Untuk artis yang menjadikan musik sebagai kehidupan seperti Dato' Siti Nurhaliza, SPM sudah mencukupi.
Di Malaysia, kegiatan ponteng sekolah pasti ada di setiap sekolah yang wujud. Tak kiralah sekolah agama, waima sekolah berasrama penuh serta maktab rendah sains mara. Aktiviti tidak bermoral ini sebolehnya dilakukan juga oleh segelintir pelajar, mengapa ? Katanya sekolah tak best, bosan, cikgu tak memahami pelajar, kantin tak sedap, tangga busuk nak mampos takde pengudaraan yang bagus eh ? Tetapi, cuba bawa diri anda ke negara yang dilanda kesusahan melampau, mereka sebolehnya belajar dalam kedaifan. sob sob tak bersyukurkah aku ?
Pada tahun yang penuh barakah ini, yang digemburkan oleh pihak penyanjung New World Order bahawa kiamat akan berlaku, pemilik blog akan menduduki satu peperiksaan terpenting pada abad ini, mungkin juga abad sebelum dan seterusnya, yakni SPM. wuhuu takutnya! Setelah dicuci berkali-kali oleh pengetua, nampaknya 10A+ itu seperti kewajipan untuk mendapatkannya. Agak tertekan juga, ye lah kan piagam pelanggan yang berbunyi "menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar" sekadar sebaris ayat yang ditaip pada plak di dewan besar.
Namun demikian, seperti mural disebelah bilik kaunseling; "Bukan dimana saya belajar, tetapi sekuat mana saya belajar" perlu dijadikan slogan kehidupan yang lebih efektif. Ye lah kan, sedangkan warga OKU pon boleh dapat keputusan cemerlang walaupun mengambil peperiksaan dalam keadaan yang tidak selesa, apatah lagi kita yang sempurna ? Sedangkan pelajar sekolah harian pon boleh fly overseas, takkan sekolah berasrama penuh serta mrsm tak mampu ?
Dalam konteks ini, wajarlah seluruh warga sekolah untuk melihat kembali sejarah Islam ketika kebangkitan Islam. Ya, pada zaman Abbasiyah. Ketika itu, lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam yang gemilang. Namun demikian, bagaimanakah tokoh ini boleh lahir ? Ya, selepas Islam menguasi 2/3 dunia. Selepas akidah mereka betul-betul mantap. Sehingga tertubuhnya House of Wisdom, ataupun Baitul Hikmah. Lain halnya dengan keadaan umat Islam pada zaman kini.
Dalam konteks ini, wajarlah seluruh warga sekolah untuk melihat kembali sejarah Islam ketika kebangkitan Islam. Ya, pada zaman Abbasiyah. Ketika itu, lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam yang gemilang. Namun demikian, bagaimanakah tokoh ini boleh lahir ? Ya, selepas Islam menguasi 2/3 dunia. Selepas akidah mereka betul-betul mantap. Sehingga tertubuhnya House of Wisdom, ataupun Baitul Hikmah. Lain halnya dengan keadaan umat Islam pada zaman kini.
Singkapi selimut yang menyelubungi diri kita, apakah asas Islam sudah kita kuasai sepenuhnya ? Apakah ilmu tauhid sudah kita fahami selok-beloknya ? Apakah amalan fardhu sudah kita perhiaskan sebaiknya ?
Institusi pendidikan masa kini perlu dibetulkan kembali, segala peraturan karut-marut perlu digantikan dengan yang lebih liberal untuk melahirkan pelajar kreatif dan inovatif dari sudut Islamik. Mungkinkah sebab ini, ramai ibu bapa lebih selesa menghantar anak-anak ke sekolah swasta Islam berbanding sekolah integrasi kerajaan ? Wallahualam.
Disebabkan itu, amatlah penting saya tekankan disini, sesungguhnya setiap persatuan Islam di setiap sekolah-sekolah haruslah memainkan peranannya. Jangan terlalu jumud sehingga perkara sekecil nyamuk kita persoalkan, kita dibesarkan dengan cara hidup jahiliah, institusi ekonomi kita telah diselaraskan dengan kehendak syaitan-syaitan laknatullah, jangan sampai terjerat.
Boleh jadi doktor, jurutera, guru, jadilah yang berilmu.
Kenapa Islam jatuh semasa Turki Uthmaniah ? Bagaimana tentera Moghul mampu menakluk Baghdad ? Pentingkah lautan Mediterranean itu ?
Sekian coretan sebelum menghadapi SPM pada bulan November 2012 ~


0 Kritikan:
Post a Comment